Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, kereta yang diletakkan di stesen minyak berkenaan mengalami kebakaran 80 peratus.

Jurucakap bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang dan sebanyak 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba, kita mendapati sebuah kereta dengan nombor pendaftaran AN 86 terbakar dan operasi memadam api mengambil masa selama 20 minit.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kita masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE