Kemalangan pada pukul 9 malam itu menyebabkan haiwan berkenaan melambung ke atas kereta tersebut sehingga menyebabkan bumbung sunroofnya pecah selain bahagian hadapannya remuk.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, sewaktu kejadian, kenderaan tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menghala ke Langkap.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa  terlanggar seekor kerbau yang melintas jalan.

“Akibat kemalangan itu, kerbau tersebut mati manakala pemandu dan dua lagi penumpang kereta cedera ringan. Mereka  dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay,” katanya hari ini. - UTUSAN ONLINE