WAN AHMAD NAJMUDDIN MOHD.
WAN AHMAD NAJMUDDIN MOHD.

Dalam kejadian pukul 9.45 pagi, mangsa, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd. Archi­bald, 58, maut di tempat kejadian manakala anak perempuannya berusia 22 tahun yang memandu ke­reta Perodua My­vi hanya ce­de­ra ringan.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. ber­kata, Tunku Amal Jakiah merupakan dua pupu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Kemala­ngan yang berlaku di­percayai berpun­ca apabila peman­du kereta tersebut bertindak mengelak ken­deraan lain se­belum hilang ka­walan lalu me­langgar batu pembahagi jalan.

“Tunku Amal Jakiah yang me­rupakan penum­pang mengalami cedera parah di bahagian badan dan me­ninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin memberitahu, kejadian berlaku di susur Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Pusat Beli-belah Danga City Mall menghala ke arah Skudai.

“Pemandu kenderaan ter­babit telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima ra­watan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.