Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.17 pagi.

Katanya, anggota bomba menggunakan gunting dan pisau bagi memotong kulit jenis PVC dan span di sekeliling lubang katil urut untuk mengeluarkan kepala mangsa.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya,’’ katanya. - UTUSAN ONLINE