Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi apabila 4WD jenis Toyota Hilux dipandu mangsa, Tang Chung Kian, 29, hilang kawalan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.


“Toyota Hilux tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Saratok ke Sarikei, manakala lori menuju ke Kuching. 


“Chung Kian bersama isteri, Wong Min Goin, 30, dan anak lelaki, Ryan Tang berusia setahun 6 bulan bernasib baik kerana tidak tersepit ketika kemalangan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.


Katanya, selain tiga beranak itu, pemandu lori berusia 40 tahun juga tidak mengalami kecederaan.