Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Alza dan pemandu Ford Ranger telah dihantar ke Hospital Miri untu rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintenden Bingkok John berkata, mangsa telah dikenal pasti iaitu Tan Ai Shan, 28; Eyeo Chun Chua, 50, dan Tan Khieng Wei, 11.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu 4x4 jenis Ford Ranger yang datang dari arah Long Lama/Miri terbabas dan masuk laluan bertentangan.

“Kemudian MPV dinaiki tiga mangsa maut yang berada di laluan bertentangan bertembung dengan 4x4 berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE