Ketika kemalangan berlaku, mangsa yang berasal dari Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh, Kelantan sedang menghadiri program anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pihak kementerian amat prihatin dan berdukacita di atas insiden yang berlaku. Jenazah akan dikebumikan di kampung asal mangsa di Pasir Puteh, Kelantan malam ini.

“Kementerian memandang serius terhadap insiden yang telah berlaku dan telah mengarahkan pihak UMS untuk menghubungi keluarga mangsa dan mengambil tindakan segera dalam urusan kebajikan mangsa dengan memberikan bantuan serta pertolongan yang diperlukan,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan dikeluarkan di sini. - UTUSAN