Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, dua daripada mangsa dipercayai mengalami kecederaan, manakala lapan yang lain selamat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, PBK II Johar Tumin berkata, lima buah kereta, sebuah van dan sebuah lori tiga tan turut terlibat dalam kemalangan terbabit.

“Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 10.08 pagi berhubung kemalangan tersebut dan membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat.

“Dua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk menerima rawatan lanjut, manakala kes itu diserahkan kepada polis,” katanya di sini, sebentar tadi.

Kata Johar lagi, operasi melibatkan pihak bomba tamat kira-kira sejam kemudian. -UTUSAN ONLINE