Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa yang maut ialah pemandu lori, Rahmani Warni, 58, serta dua kelindan, Amir Hassan, 30, dan Eriman Yaatim, 34.

“Siasatan awal mendapati lori yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Anam menghala ke Segamat dan semasa tiba di lokasi kejadian, lori berkenan telah memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu treler cuba mengelak ke kanan jalan, namun berlaku pertembungan dengan lori yang dinaiki mangsa. Akibatnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan dan tersepit di tempat duduk masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu treler, M. Abimanan, 27, dan penumpang, S. Rajeswary, 23, hanya mengalami kecederaan ringan. - UTUSAN ONLINE