Lima ahli keluarga Moey Yun Peng, 20, termasuk seorang wanita berusia lewat 40-an dipercayai ibu mangsa tiba kira-kira pukul 4 petang tadi.

Wanita berkenaan yang kelihatan sugul serta kesedihan turut duduk di atas kerusi sambil menghadap laut dengan ditenteramkan ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun, usaha media mendapatkan reaksi daripada ahli keluarga mangsa berkenaan gagal kerana mereka enggan ditemu bual.

AHLI keluarga mangsa menunggu di jeti polis marin Batu Uban, Pulau Pinang bagi mendapatkan perkemban

AHLI keluarga mangsa menunggu di jeti polis marin Batu Uban, Pulau Pinang bagi mendapatkan perkembangan terkini pencarian mangsa nahas SUV yang terhumban ke laut petang ini. - UTUSAN ONLINE

Dalam pada itu, setakat pukul 4 petang tadi, operasi SAR yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih gagal mengesan lokasi kenderaan SUV berkenaan. - UTUSAN ONLINE