Mangsa, Mohamad Asyraf Zakaria, 22, putus kaki kiri selepas tersepit di dalam lori yang remuk teruk akibat rempuhan kuat itu dalam kejadian pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya yang memandu lori berkenaan dalam perjalanan membawa muatan isi ayam dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu lori yang dipercayai me­ngantuk melanggar belakang sebuah treler dipandu seorang lelaki dari arah sama menuju ke Kuala Lumpur.

“Akibat kejadian itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan kelindan lori mengalami cedera parah selepas putus kaki kiri, manakala pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya di sini.

Azry Akmar memberitahu, pe­mandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecede­raan dan mangsa yang dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut berada dalam keadaan stabil, manakala pemandu lori mendapat rawatan luar di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kejadian berpunca akibat pemandu lori berkenaan memandu dalam keadaan mengantuk.

“Siasatan masih dilakukan dan semasa kejadian kawasan jalan berkenaan adalah gelap dan tidak mempunyai lampu jalan,” ujarnya.