Mangsa N. Premkumar, 27, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan di dada dalam kejadian pukul 9.50 pagi tadi dan pemandu lori tersebut, G. Sujhakgar, 24. patah kaki kanannya.

Difahamkan pemandu lori tangki , Shahrol Zaman Kamarudin, 31, yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at mengesahkan kejadian dan menjelaskan bahawa kemalangan tersebut berlaku semasa lori bersaiz tiga tan yang dinaiki kedua-dua mangsa menyusur keluar dari hentian Rehat dan Rawat Rawang ke jalan utama.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani proses bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE