Mangsa yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) warga Myanmar berusia 30-an putus tangan di bahagian lengan dan kehilangan kaki hingga bahagian paha.

Jurucakap polis berkata, kemalangan kira-kira pukul 10 pagi itu melibatkan treler tanpa muatan yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 28 tahun dengan sebuah kenderaan jenis sama membawa muatan makanan ayam.

Kemalangan

"Treler dinaiki mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Simpang Ampat di Melaka menuju ke Senawang dekat Seremban. Setibanya di lokasi kejadian, treler tanpa muatan itu gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang sebelah kanan treler yang berhenti di lorong kecemasan.

"Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban oleh ambulan. Pemandu treler itu cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi treler tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE