Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa dan seorang rakannya yang memandu lori dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur membawa muatan isi ayam.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lori yang dipercayai dalam keadaan mengantuk itu telah melanggar belakang treler yang dipandu seorang lelaki dari arah sama menuju Kuala Lumpur.

“Akibat kejadian menyebabkan kelindan lori cedera parah selepas putus kaki kiri manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya kelindan lori dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil manakala pemandu lori mendapat rawatan luar di hospital sama. - UTUSAN ONLINE