Program itu berjaya disiapkan dalam tempoh 45 hari termasuk mengecat dan menceriakan persekitaran tiga buah masjid di samping sebuah surau dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Pengarahnya, Wan  Ayub Wan Ahmad memberitahu, di bawah kelolaan KKKT, sebanyak RM105,000 disalurkan oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti bagi program dalam dua fasa yang bermula pada awal Oktober lalu.

“Usaha ini dijayakan dengan penglibatan 280 orang sukarelawan terdiri daripada warga KKKT melibatkan pelajar, kakitangan dan pensyarah dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat,”ujarnya.

Beliau menyatakan demikian  kepada pemberita selepas majlis penutup program Touch Point Cabinet Away Day 2017 yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail di sini semalam. - UTUSAN ONLINE