Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi mengakibatkan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai pekerja kedai tersebut cedera di bahagian pipi ketika cuba menyelamatkan diri.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 pagi dan sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Andalas dan BBP Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati sebuah kedai runcit telah terbakar 40 peratus.

“Operasi memadam kebakaran terus dilakukan dengan tiga aliran hos dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 6.23 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE