Kedai terletak berhadapan Balai Polis Sungai Petani itu terbakar kira-kira pukul 10.30 malam.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Mohd. Ridzuan Nur Jamudin berkata, operasi memadam kebakaran itu bermula sebaik sahaja anggotanya tiba iaitu seminit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.44 malam.

“Api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 11 malam dengan kekuatan seramai 22 orang anggota bomba.

“Kedai peralatan sukan itu adalah kelas A2 tingkat dan kemusnahan kebakaran lebih daripada 70 peratus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada mangsa kebakaran dan punca serta kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE