Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.56 malam.

“Seramai 15 orang pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian dan tiba empat minit kemudian.

“Buat masa ini tiada mangsa yang dilaporkan cedera dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya di sini. - UTUSAN ONLINE