Konvoi seramai lebih 200 yang terdiri daripada Briged Sukarelawqn 1 Malaysia, Belia 4B dan syarikat E-Idaman itu dijangka sampai ke kawasan yang dilanda banjir di Pulau Pinang tengah hari ini.

Misi bantuan tersebut akan melakukan proses pembersihan kawasan kediaman mangsa banjir serta surau dan sekolah yang terjejas akibat bencana tersebut di samping mengagihkan bantuan berupa bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dan Pengarah Briged Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik, Mahadzir Abdul Hamid. - UTUSAN ONLINE