Beliau menerusi kenyataan berkata, kerajaan negeri mengambil maklum serta memandang berat kejadian tersebut yang telah meragut dua nyawa dan 18 lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Pada masa yang sama, Amirudin mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang sedang bertungkus-lumus melakukan operasi menyelamat dan membersihkan gas tersebut.

“Kerajaan negeri memandang berat kejadian ini dan saya mengarahkan MBSA dan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya agar kawasan sekeliling serta penduduk sekitar tidak menerima kesan dari kejadian kebocoran gas ini,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE