Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kebakaran: 6 rumah kedai, stor musnah

ebakaran yang memusnahkan enam buah rumah kedai dan sebuah stor di Kampung Jawa, Panchor di Muar, Jo
KEBAKARAN yang memusnahkan enam buah rumah kedai dan sebuah stor di Kampung Jawa, Panchor di Muar, Johor malam tadi. - UTUSAN

MUAR 11 Sept. - Enam buah rumah kedai dan sebuah stor simpanan musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa, Panchor, di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Kejadian terbabit turut menjejaskan beberapa buah kediaman berdekatan, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan hingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Mohd. Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.36 malam dan bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama enam buah jentera termasuk dari BBP Muar.

“Seramai 22 anggota dari kedua-dua balai berkenaan dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengawal kebakaran dan api didapati masih marak ketika kami tiba hingga memusnahkan keseluruhan enam buah rumah kedai berstruktur tidak kekal dan sebuah stor simpanan.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 10.22 malam sebelum operasi ditamatkan kira-kira dua jam kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut Mohd. Khairul Sufian, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain