Kapal terbang itu difahamkan membawa Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan pembantunya.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.09 petang tadi.



“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan milik syarikat Hornbill Skyways Sdn. Bhd. tergelincir dari landasan semasa cubaan untuk mendarat

.

“Semua penumpang seramai enam orang dan seorang juruterbang berjaya keluar dari pesawat dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE