Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.50 pagi berhubung kejadian itu.

“Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat dimaklumkan sebuah kapal korek pasir JBB RONG CHANG 8 telah terbalik dan dikuathiri 12 orang krew telah hilang.

“Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang lain masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Utusan Malaysia difahamkan kesemua mangsa tersebut dipercayai bukan warga tempatan. - UTUSAN ONLINE