Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia negeri, ketika kejadian seramai lima anak kapal warga China dilaporkan berada di atas kapal kargo itu namun kesemua mereka dilaporkan selamat.

Tambahnya, menurut laporan awal, kejadian itu berlaku selepas kapal kargo bernama Xin Yi Yin itu terlanggar bangkai kapal di kawasan kejadian.

“Kesemua kru kapal itu selamat dan hanya aset dan barangan yang terdapat di dalam kapal berkenaan rosak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE