pagi ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kesemua tujuh kru warga Indonesia yang diketuai kapten kapal, Rudi Hartono terselamat.

Difahamkan, sewaktu kejadian, kapal berkenaan dengan muatan beribu-ribu buah kelapa sedang dalam perjalanan untuk menghantar bekalan itu ke Thailand.

Menurut Rudi, namun kira-kira pukul 2 pagi, bahagian bawah kapal didapati bocor dan ketika itu ribut serta hujan sebelum kapal pecah lalu karam.

“Sebaik saja kapal mulai pecah, saya dan kru lain segera bertindak selamatkan diri dan juga barang-barang untuk dimuatkan ke dalam sampan sebelum naik ke pantai dengan selamat,”

katanya di sini hari ini.

Akibat kejadian itu, beribu-ribu biji kelapa kelihatan bertaburan dan terdampar di permukaan sehingga menarik perhatian penduduk sekitar. - UTUSAN ONLINE