Bagaimanapun kanak-kanak perempuan tersebut berjaya diselamatkan selepas bantuan diberikan dua angggota bomba dari Balai Bomba Pontian tanpa sebarang kecederaan.

Jabatan bomba dan penyelamat negeri dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, bomba daerah ini menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 petang.

“Kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang katil dan operasi selesai pukul 4.44 petang,” demikian menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE