Dalam kejadian di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila pada pukul 10 pagi ini, Mohd. Azam Razlan, 3, dikatakan memanjat ke dalam bahagian pengering mesin basuh tersebut untuk bermain sebelum kakinya tersekat.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.43 pagi dan menghantar tujuh anggota ke lokasi.

“Anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong sebahagian mesin tersebut.

“Tiada kecederaan serius terhadap mangsa, cuma beberapa lebam di bahagian kaki dan operasi tamat pada pukul 11 pagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE