Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Annur Sumayyah Syabandi maut akibat kecederaan parah di kepala ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, kejadian itu berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun tertekan pedal minyak ketika mahu mengundurkan kereta jenis Proton Saga berwarna hitam yang dipandunya.

Akibatnya, tambah beliau, selain melanggar mangsa, kenderaan yang dipandu jurujual di sebuah pasar raya yang berasal dari Sik, Kedah itu turut merempuh halaman sebuah rumah di lokasi kejadian.

"Ekoran kejadian itu, polis menahan pemandu wanita berkenaan bagi ujian saringan air kencing dan bagi mendapatkan keterangan untuk membantu siasatan.

"Kenderaan itu juga sudah dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Dalam pada itu, Che Zaimani berkata, pihaknya kini juga sedang mengesan saksi kejadian tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. - UTUSAN ONLINE