Ketika kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa Muhammad Shahir Zubir, 8, yang membonceng motosikal ditunggang bapanya dalam perjalanan ke sekolah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.04 petang dan segera menghantar lapan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh ke lokasi kejadian.

“Anggota yang bertugas bertindak memotong kerangka motosikal bagi mengeluarkan kaki mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE