Dalam kejadian pukul 7.15 petang semalam, Mohd. Badrul Amin Abdul Rahman, 11, dikatakan duduk di atas balkoni belakang rumahnya dan cuba mengambil pakaian di ampaian tetapi malangnya tali ampaian tersebut tiba-tiba terputus menyebabkan mangsa jatuh.

Mangsa yang parah di kepala dihantar ke Rumah Sakit Angkatan Tentera TUDM Subang untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam pada jam 8.50 malam tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, sebelum insiden itu berlaku, ada saksi melihat mangsa duduk di atas balkoni untuk mengambil pakaian sebelum jatuh.

"Ketika di Hospital Shah Alam doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. - Utusan Online.