Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengahari, Muhammad Ammar Danish maut di tempat kejadian dengan kepalanya pecah akibat digilis lori ikan itu.

Menurut bapanya, Roslan Ismail, 44, kejadian itu berlaku dengan pantas ketika dia memberhentikan motosikal di hadapan kedai untuk membeli barang.

“Jalan itu sempit tapi lori terbabit tak perlahankan kenderaan sebelum rempuh motosikal dan anak saya yang berada di atas motosikal terjatuh sebelum digilis lori itu.

“Saya tak sangka kejadian ini boleh berlaku sebab dia amat teruja dapat ikut saya ke kedai ketika nak beli beberapa barangan untuk !esin rumput,” katanya ketika ditemui di Hospital Kepala Batas hari ini. - UTUSAN ONLINE