NOR HADIRAH NORAINI
NOR HADIRAH NORAINI

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika Nor Hadirah Noraini Makeruddin sedang bermain dengan adik bongsunya Mohd. Hazman Hadif, 4, di kawasan pembuangan sampah berhampiran dengan laman rumahnya.

Mangsa yang merupakan anak kesepuluh dari 11 beradik itu maut selepas lehernya tersepit pada besi dengan badan terlentang atas meja.

Jenazah kanak-kanak malang itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Bedollah selepas solat Isyak. - UTUSAN ONLINE