Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Samarahan, Kapten Alias Bujang, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemukan oleh orang kampung dan anggotanya sekitar pukul 7.30 pagi.

“Mangsa, Sherry Jimbat, 4, ditemukan kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi dia tergelincir ke dalam sungai.

“Kejadian berlaku ketika mangsa bersama kakaknya memancing di pinggiran sungai di belakang rumah mereka namun dia dikatakan tergelincir ke dalam sungai lalu hilang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan orang kampung kemudiannya ditamatkan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE