Dalam kejadian pukul 1 petang, Mohd Amiruddin Ismail dikatakan sedang bermain di lokasi berbatu di pantai tersebut sebelum tergelincir dan dihanyut arus.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Mazdan Jusoh berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Bendang Ikan, Rantau Panjang datang ke pantai itu bersama jirannya.

“Kami menerima panggilan kecemasan pukul 1.05 tengahari dan seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa ditemukan selepas dua jam iaitu pukul 3 petang tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE