Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang itu semasa majlis perjumpaan keluarga.

“Mangsa, Mohammad Adam Raiyan Mohd. Saiful dan keluarganya menyertai majlis hari keluarga yang turut dihadiri kira-kira 50 orang lain di hotel berkenaan.

“Mangsa disedari hilang oleh ibu bapanya yang juga anggota tentera pada pukul 2.45 petang sebelum ditemukan terapung di dalam kolam itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan pada pukul 4.16 petang.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN ONLINE