Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang ketika mangsa, N. Vengadasalabati mengunjungi kawasan rekreasi itu bersama keluarganya.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan yang dilaporkan di Balai Polis Kaki Bukit.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dijumpai kira-kira 150 meter daripada lokasi kejadian di dalam gua berkenaan.

"Dengan bantuan pihak bomba dan Klinik Kaki Bukit telah mengeluarkan mayat dari lokasi kejadian," katanya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Muhamad Halim Yatim mengesahkan kejadian itu. - UTUSAN ONLINE