Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kanak-kanak cedera di mata akibat mercun bola

KUANTAN 13 Jun – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Gambang dekat sini cedera di kedua-dua belah mata akibat bermain mercun malam semalam.
 Difahamkan, Muhammad Fa­rish Idrus Syamsul yang berasal dari Kampung Belukar mengalami kecederaan itu ketika bermain mercun bola kira-kira pukul 11 malam.

Muhammad Farish Idrus
Muhammad Farish Idrus

Belerang daripada mercun tersebut dikatakan memasuki kedua-dua belah matanya sebelum dia dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini kira-kira pukul 11.40 malam untuk rawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa yang ditahan di wad hospital tersebut berada dalam keadaan stabil.

“Kanak-kanak itu merupakan mangsa kedua mercun yang dilaporkan di negeri ini sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Rabu lalu, seorang lelaki berusia 23 tahun dilaporkan menjadi mangsa pertama mercun di negeri ini dan berhadapan risiko kehila­ngan penglihatan apabila mengalami kecederaan di kedua-dua belah mata.

Mohammad Farid Ismaitim yang berasal dari Jengka, dekat sini mengalami kecederaan akibat letupan mercun buatan sendiri.


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain