Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Mohd. Zaid, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang dan disedari orang awam yang kemudian menghubungi polis.

“Kedua ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan kanak-kanak malang itu tinggal bersama kakaknya berusia 10 tahun dijaga ibu saudara mereka yang berusia 29 tahun.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang bermain dengan kakaknya di balkoni sebelum dikatakan tiba-tiba memanjat pagar balkoni tersebut lalu terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE