Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kanak-kanak lelaki itu dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan di lokasi kejadian sebelum dilanggar lori yang dipandu lelaki berusia 32 tahun berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki kiri kemudian dikejarkan ke Hospital Balik Pulau (HBP) namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan dua hala dan tiada tembok batu pemisah antara haluan dan garisan putih pemisah jalan.

“Keadaan lalu-lintas ketika itu juga lancar selain tiada laluan melintas pejalan kaki di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE