Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa, Terry Ong Teck Rui meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Kenderaan Proton Perdana dinaiki mangsa bersama-sama tiga yang lain dirempuh dari oleh sebuah kenderaan jenis Volvo.

“Akibat kemalangan itu, kenderaan Proton Perdana mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang, manakala Volvo mengalami kerosakan di bahagian depan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE