Bagaimanapun, renjer berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya melepaskan diri setelah berlaku pergelutan dengan beruang Sloth jantan itu.

Difahamkan, mangsa cedera di bahagian kaki dan muka sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini yang mana keadaannya dilaporkan stabil.

Eksekutif Penolong Pengurus Bukit Gambang Resort City, Zahar Ali berkata, kejadian berlaku pada tengah hari semalam semasa pekerja terbabit melakukan rutin harian membersihkan sangkar beruang berkenaan.

“Beruang itu terlepas masuk ke bahagian mangsa sedang melakukan kerja setelah penyelak pintu pagar terbuka akibat digoncang haiwan itu manakala kunci pendua difahamkan tidak dipasang pekerja tersebut.

“Pihak pengurusan akan mengkaji semula prosedur keselamatan supaya aspek ini diambil berat oleh semua pihak bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zahar berkata, operasi Bukit Gambang Safari Park berjalan seperti biasa manakala beruang itu ditempatkan di kandang sedia ada. - UTUSAN ONLINE