Dalam kejadian kira -kira pukul 2 petang tadi di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini, mangsa yang berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kedua buah motosikal dari arah bertentangan telah bertembung di tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah klinik.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Balik Pulau dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE