Dalam kejadian pukul 7.45 pagi, mangsa Rozali Othman @ Mat Yassin maut serta merta selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di dalam kenderaannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.52 pagi.

Menurutnya, ketika bomba sampai mangsa didapati berada dalam keadaan tersepit di tempat pemandu.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan, namun dia sudah pun meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Pasir Mas. - UTUSAN ONLINE