Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa yang berusia dua tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 7.57 pagi dan tiba di lokasi berkenaan pukul 8.10 pagi.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, kaki kanan kanak-kanak dipercayai mahu dimandikan penjaganya itu sedang tersangkut di dalam lubang saluran air yang berdekatan dengan mangkuk tandas.

“Kami membuat penilaian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas sehingga kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Yusri, susulan kejadian itu, bomba terpaksa memecahkan jubin di tandas berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan susulan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE