Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, didapati kaki kiri kanak-kanak itu masih lagi tersangkut di dalam mangkuk tandas dan operasi menyelamat segera dilakukan bagi mengeluarkan kaki mangsa.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan mangkuk tandas tersebut dan kanak-kanak itu cuma mengalami luka-luka kecil di kaki kirinya.

“Dia diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.13 pagi,” katanya.- UTUSAN ONLINE