Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.13 malam tadi.

“Pihak kami mengambil masa beberapa minit untuk memecahkan saluran air bagi mengeluarkan kaki mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk menjalani pemeriksaan,” katanya di sini, malam ini.

Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE