Ketika kejadian kira-kira pukul 1.40 petang, Tun Nor Aliya Farhana Tuan Sofian bertindak pantas memimpin tangan adiknya, Tuan Mohd. Saaban yang berusia tiga tahun untuk keluar dari kediaman yang sedang marak terbakar menuju ke rumah jiran mereka.

Pada masa itu, bapa mereka, Tuan Sofian Tuan Yusof, 41, tidak menyedari keadaan kedua-dua anaknya itu kerana sedang berusah keras mamadamkan kebakaran.

Tuan Nor Aliya berkata, selepas melihat api marak dari arah peti ais di dapur rumah mereka, dia terus menangis dan mengejutkan ayahnya yang sedang tidur.

"Ayah bangun terus padam api, saya terus 'heret' tangan adik keluar dari rumah dan pergi ke rumah Kak Pah (jiran)," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kebakaran itu menyebabkan keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang selepas mereka gagal menyelamatkan harta benda kerana api marak terlalu cepat. - UTUSAN ONLINE