Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, seramai 23 telah disahkan maut dalam kejadian itu melibatkan dua warden dan laporan penuh punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kita masih menunggu laporan penuh siasatan dan kemungkinan akan dileketahui dalam masa terdekat.

“Seramai 36 orang mangsa berada di dalam bangunan ketika kejadian, 11 mangsa terselamat, dan enam cedera di mana dua daripada mereka berada di zon merah manakala tiga lagi di zon kuning,” ujarnya selepas mengadakan tinjaun di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE