Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang itu, Syed Baba Abdul Khader, 42, yang beralamat di Jalan Besar, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa yang dalam perjalanan ke Temerloh dari Kuantan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di kiri jalan.

“Mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Maran,” katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bandar Jengka di sini untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE