Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Munirah Abdullah, 30, yang bertugas di Hospital Bukit Mertajam (HBM) maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan muka.

Dia yang memandu kereta jenis Proton Persona dipercayai baharu pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya di Tasek Mutiara sebelum hilang kawalan dan merempuh trak tunda yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, lokasi kejadian adalah jalan lurus dua hala dan lalu lintas tidak sibuk.

"Mangsa dipercayai gagal mengawal kereta dipandunya lalu terbabas ke laluan sebelah sebelum bertembung dengan trak tunda itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

" Mayat mangsa yang berasal dari Kubang Semang itu dihantar ke HBM untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, pihak polis memaohon saksi kejadian agar tampil membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE